Jumaat, 23 Disember 2011

VARIASI MUZIK>Skor lagu






Lirik lagu Selamat Pagi

Selamat pagi kami ucapkan
Kepada guru dan juga kawan
La la la li lu
La la la li lu
La la la li lu
La la la
La la la li lu
La la la li lu
La la la li lu
La la la



Isnin, 12 Disember 2011

REKODER

Rekoder adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat dari kayu atau plastik. Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Antaranya ialah rekoder sopranino, soprano, alto, tenor dan bes.



Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di dalam bilik darjah adalah bertujuan memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Pada masa yang sama pelajar mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal.

Sabtu, 3 Disember 2011

PERKUSI

PERKUSI

1. TEKNIK PERMAINAN ALAT PERKUSI

Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.

1.1 Kastanet

(a) Rupa bentuk
Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat
dengan tali atau getah



(b) Cara-cara memegang dan memainkan kastanet

1) Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet
terletak di atas tapak tangan kiri.
2) Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan



1.2 Loceng

(a) Rupa bentuk
Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk
gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut.
Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi-bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang




(b) Cara memegang dan memainkan loceng

Masukkan empat jari ke dalam gelung loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng.
Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang. Genggam pemegang loceng dengan tangan
kiri. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng




1.3 Kayu Tik Tok (Double-tone block)

(a) Rupa bentuk
Lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pegang dan sebatang pengetuk. Tik tok
menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik- tok
tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri




(b) Cara memegang dan memainkan tik-tok
(i) Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pemegangnya dengan tangan kanan.
(ii) Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.














Jom main piano..!